Roti Jala & Kari Daging
Assalamualaikum kawan-kawan
Resepi ni dah lama terperap tak dan nak siapkan entry ni. Hehe..banyak alasan Mak Nani ni.
Resepi ni mudah je..semua orang boleh buat punya! Jom tengok.
Resepi Roti Jala
![]() |
Hasil tangan Abah Nani. Mak Nani tukang bancuh tepung je.. Abah Nani yang menjala. |
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air
Serbik kunyit sikit
Cara-cara:
1. Blend semua bahan di atas hingga sebati.
2. Tapiskan bahan yang telah diblend tadi untuk mudah ia keluar masa nak menjala nanti.
3. Cuba masukkan sesenduk dalam acuan, kalau dia keluar tak putus-putus dah boleh menjala dah. Kalau terputus-putus g tambahkan sedikit air.
4. Dah boleh menjala di atas kuali non stick. Kalau xde kuali non stick boleh la buat atas tutup periuk atau kuali biasa..yang penting tak melekat.
5. Masak kejap je..agak-agak dah kering sikit tu dah boleh lipat gaya apa yang korang suka. Hehe...siap!
Resepi Kari Daging
Haaa..kari ni memang makanan kegemaran Mak Nani dari kecik lagi. Jenuh tau Mak Nani nak buat kari sesedap kari masakan arwah Nenek Nani. Akhirnya Mak berjaya...syabas Mak Nani!
![]() |
Kari Daging |
Bahan-bahan:
1 bungkus serbuk kari (Mak Nani guna serbuk kari ayam dan daging adabi)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
kayu manis dan buah pelaga
1 sudu cili kering yg telah dikisar
500gram daging
3 biji kentang
1 kotak santan kecik
2 biji cili besar
2 biji tomato
Minyak
Garam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. masuk sekali kayu manis dan buah pelaga. Kalau tak ada kayu manis dan buah pelaga pun tak apa. Boleh je. Hehe..
2. Bancuh serbuk kari dan cili kering dengan sedikit air. Masukkan dalam kuali.Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kentang, tutup tudung periuk. Masak sehingga lembut.
4. Apabila daging dan kentang lembut, masukkan santan. Kacau dan perisakan dengan garam. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
5. Masukkan cili besar dan tomato. Bila tomato dah lembut sikit tutup api.
Okey..siap dah. Dah boleh makan. Hehe..
Tips:
1. Untuk masak dengan pantas, masak kari dan menjala serentak supaya bila kita siap menjala, kari pun siap masak. Boleh terus makan. Hehe..
2. Kalau tak guna santan kotak, anggaran santan adalah 2 cawan.
sedapnya roti jala. done folo akak, folo me back k http://acuyuhan.blogspot.my/
ReplyDeletedone follow back :-)
DeleteRoti jala biasa order je dengan orang. BTW, susah nak komen kat blog ni sebab takde Name dan URL. Good luck!
ReplyDeleteMaaf..ada tapi di bahagian bawah sekali. Nanti saya ubah ke side bar. Terima kasih ya :-)
Deletewah sedapnya roti jala!!
ReplyDeletesinggah sini.. roti jala sedapnya.... nak nak ada kari lagi laa
ReplyDeletewah..sedap ni.. thanks.. nice sharing..hihi
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.my/ wah sangat tertarik sedap...pandai memasak pasti keluarga bahagia
ReplyDeletealaaa...ingatkan nani sendiri yg tebar roti jalan tu....ishh its my feveret tapi x pandai nk buat..nak tebar lagi x tahu
ReplyDeletekalau nani yang tebar xtau la jadi roti jala ke lempeng. Hihi..
Deletemudah je nak buat ni JM. Ada masa boleh cuba :-)
Wah boleh cuba buat ni...=)
ReplyDeleteJemput singgah blog sy SPORTING MUMMY
sila..sila cuba sis :-)
Deletetetiba terasa lapar plak
ReplyDeletetetiba terasa lapar plak
ReplyDeleteHehe..nanti boleh cuba buat. Senang je ni :-)
DeleteNampak sedpa, nak sikit....
ReplyDelete