Friday 27 March 2015

Kepentingan Protein untuk Badan

Pernah tak anda terfikir kenapa badan kita memerlukan protein?
Protein sangat diperlukan untuk membentuk sel baru di dalam badan untuk menggantikan sel mati & sel lama. Pengambilan protein yang cukup boleh membantu kita mendapatkan kulit muka yang cantik. Sel mati dan sel lama boleh diganti dengan sel baru.

Antara sumber-sumber protein


Sebenarnya, protein mudah didapati di dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging dan kekacang. Tetapi, cara pemakanan kita menghalang kita untuk mendapat sumber protein yang cukup untuk menghasilkan sel baru.
Ikan goreng
Ayam goreng
Daging salai masak lemak cili api
Semuanya memerlukan suhu yang tinggi untuk dimasak. Sedangkan suhu yang terlalu panas boleh membunuh protein yang terdapat didalam ikan & kekacang.

Jadi apa yang kita dapat?
Hanya sedikit protein dan minyak atau lemak sahaja yang diserap. Jadi badan kita tidak menyerap protein dengan sempurna.

Namun....
Kita masih boleh mendapatkan protein dengan cara yang lebih mudah dan selamat.
Bagaimana?
Dengan mengamalkan ESP (Energizing Soy Protein) setiap hari. Pengambilan yang konsisten dapat membantu membentuk sel sel baru di dalam badan. Sel merupakan stuktur asas badan manusia. Kebanyakan penyakit sekarang hadir disebabkan oleh sel sel yang lemah dan kurang sihat. 


Kepentingan Protein untuk Badan
  • Membentuk oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung supaya kekal aktif
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Pengambilan protein yang cukup boleh meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Protein mencegah paras gula dalam darah naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin.

Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Thursday 5 March 2015

Jauhi Zina

Tazkirah Hari Ini



“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” – Al Isra’ ayat 32

Allah melarang kita dari menghampiri zina untuk mengelakkan perkara2 yg keji & terkutuk. SubhanAllah..sayangnya Allah kepada kita semua. Dilarangnya kita dari menghampiri sesuatu yg keji supaya kita terhindar daripada perbuatan tersebut.
Tapi, adik2 sekarang seperti tidak menghiraukannya. Berpasang2an seperti orang sudah berkahwin. Berjalan berpegangan tangan. Malah ada yg melakukan lebih daripada itu.
Nauzubillahiminzalik....adik2, seronok datang cuma sekejap. Deritanya sangat lama. Pada kita kaum wanita, penderitaan itu lebih ketara.
Macammana kalau adik2 mengandung selepas itu? Mahukah lelaki itu mengahwini adik? 
Mampukah dia? 
Adakah dia akan menjadi suami yg baik?
Pelbagai persoalan timbul. Keluarga juga menanggung malu. Takkan adik2 nak buang bayi tersebut? Melakukan dosa untuk kali ke 2?

Jangan sesekali adik terfikir untuk buat begitu. Dosa sedia ada belum tentu kita dapat tanggung jangan ditambah dosa yang lain. Anak itu tak bersalah..yg salah diri adik. Cuba dekatkan diri dengan Allah.
Menuding jari pada orang lain bukan penyelesaiannya. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Pada ahli keluarga juga tabahlah menghadapinya. 1 jari anda tuding pada orang, ada 4 jari lagi pada diri anda sendiri.
Pada orang keliling berhentilah menyebarkan perkara aib orang lain. Jangan ditanya betul atau tidak. Dengar & diam itu lebih baik daripada sampai menyampaikan.
Sungguh besar hikmah larangan yg Allah perintahkan kepada kita. Sama ada kita sebagai manusia yg sentiasa lupa ambil tahu pada larangan tersebut atau tidak.
Berpesan2lah anda pada kebaikan. Semoga ianya menjadi pedoman pada orang lain juga.
Ingatan ini untuk diri sy juga & pada orang lain yang membacanya. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.