Friday 30 January 2015

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta-berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - (HR Muslim)
Terdapat pelbagai kebaikan & kelebihan hari Jumaat.
  1.  Hari Jumaat merupakan hari yang mulia & dikenali sebagai penghulu segala hari.
    • Nabi Adam dicipta
    • Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
    • Nabi Adam diturunkan ke bumi
    • Nabi Adam wafat
    • Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
  2.  Merupakan hari yang mulia dimana terdapat dua waktupada hari Jumaat yg mustajab untuk berdoa:
    • - Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai Solat Jumaat
    • - Selepas waktu asar pada hari Jumaat
  3.  Hari meraih pahala
    • Bersedekah
    • Selawat ke atas Nabi Muhammada SAW
Salam Jumaat semua & selamat beribadah.
Si Pencuri Masa,
- Farini -
   

Thursday 29 January 2015

1st Entry

 
Allahuakbar...
Alhamdulillah
Akhirnya berjaya mencapai misi yang telah saya tetapkan
pada 1 Januari 2015.
 
Saya Sayang Kamu
Saya buat khas untuk anda..
Anda yang menjadi saudara2 saya
Bakal-bakal pembaca blog ini khasnya
Anda yang menyayangi diri & keluarga amnya
 
Saya Sayang Kamu
Walaupun mengambil masa sebulan untuk dibuat
Walaupun tiada hiasan atau link-link yang hebat
Tapi inilah hasilnya
dari saya
si pencuri masa lapang
 
Bukan mudah untuk saya menyiapkan
Saya Sayang Kamu
walaupun segalanya di hujung jari
Tapi kekangan masa sentiasa ada
 
InshaAllah
Mulai hari ini
24 jam yang Allah berikan pada saya
dan kita semua
akan dimanfaatkan sepenuhnya
Saya yakin saya boleh!
 
 
 
 
 
 
Si Pencuri Masa,
 
-Farini-