Sunday 23 August 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum

Ramai diantara kita sangat-sangat menitikberatkan soal kecantikan bukan? Lagi-lagi kecantikan wajah. Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsikan 7 Tips Berkesan Untuk Penjagaan Kulit Muka. InshaAllah berkesan jika anda rajin dan konsisten melakukan tips ini :-)

Wednesday 19 August 2015

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

Assalamualaikum

Post kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan Vitamin C dari sudut kecantikkan.
Suka tak??? Hehehe..

Rata-rata orang perempuan memang obses nak kulit cantik kan?
Nak kulit putih, tegang..kalau boleh jerawat pun xnak ada kan? Parut-parut tu semua nak bagi hilang.
Hahaha..mungkin tak semua macam tu. Tapi kebanyakan orang perempuan memang obeses dengan kulit cantik sebab saya pun lebih kurang macam tu juga. Hahahaha..


Wednesday 12 August 2015

Mak & Hannani

Dah berapa hari mak "dera" Hannani. Hihihi..

Bergambar dengan Vita-Lea for Children dia. Dah macam duta iklan plak.
Selasa:
Perangai dia sejak xpakai pampers ni, asal nak buang air besar dia nak minta pakai pampers.
H: "Mak, dah malam ni..siang pakai spende malam pakai pampers"
M: "Okey..nani nak berak x? Kalau nak berak meh masuk tandas dulu berak"
H: "Tak nak la. Dah malam ni..pakai pampers la"
M: "Okey, mari sini pakai pampers. Tapi kalau nanti dah pakai pampers nani berak dalam pampers, mak letak kat luar"
Hahaha..mak memang nakal.
H: Jangan la..Nani takut.."
Udahnya sampai ke pagi dia tak buang air besar.

Rabu:
M: "Pagi ni kalau Nani pergi sekolah tak nangis mak upah Nani coco crunch"
H: "Okey mak..Nani behave..janji!" Siap bagi jari kelingking lagi tau.
Tapi pagi tu bila abah hantar Nani nangis bersungguh-sungguh plak tu. So, mmg xboleh dapat upah. Petang tu dia claim memang tak bagi. Kene pegang pada janji tau.

Khamis:
M: "Pergi sekolah jangan nangis tau. Nani nak coco crunch kan?"
H: "Okey mak..Nani janji." Janji jari kelingking lagi macam semalam. Haha..
Abah balik hantar Nani tadi abah report Nani baik sangat pagi ni. Tak nangis..siap lambai dengan flying kiss abah lagi. 1st time ni abah hantar sejak awal tahun Hannani lambai ngan flying kiss abah. Haha..

So, petang ni mak kene siapkan COCO CRUNCH untuk Hannani seperti yang mak janjikan. Macam tu la anak mak. Kadang kita memang kene bertegas dengan anak supaya dia berpegang pada janji dan berperangai lebih baik.

Sekian laporan mak untuk hari ini. Hahaha...

Tuesday 11 August 2015

Kelebihan dan Kebaikan Air Masak


Ada yang panggil air masak, air mineral, air kosong, air putih, sky juice. Walau apa sekali nama panggilannya air ini sangat bermanfaat untuk badan kita. Air masak ini bukan sahaja memberi manfaat kepada badan kita malah ianya sangat murah berbanding air minuman lain. Hehe..jom ikuti perkongsian saya ini.

Kebaikan Air Masak


Menguruskan Badan 


Air masak tidak mempunyai kalori, lemak ataupun gula. Bagi wanita yang sedang berdiet, air masak memang pilihan yang tepat. Sebanyak mana pun air masak yang anda minum kalori anda tidak akan bertambah. Best kan? Jadi, secara tak langsung ia mampu mengurangkan berat badan anda.

Melancarkan Sistem Pencernaan


Minum air masak paling minimum 8 gelas sehari akan melancarkan sistem percernaan. Ia dapat menghindari anda dari sembelit malah membantu dalam pembakaran kalori. Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

Meningkatkan Kesuburan


Air masak dapat membantu menghasilkan hormon testosteron bagi kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa.

Kecantikan Kulit


Kekurangan pengambilan air masak boleh menyebabkan badan menghadapi kesukaran untuk menyerap air, sekaligus menyebabkan kulit kering, kedut dan tidak bermaya. Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

Badan Lebih Sihat


Air merupakan komposisi utama badan. Kekurangan air boleh menggangu keseimbangan badan. Kita mungkin boleh bertahan jika tidak makan berhari-hari, tetapi kita tidak mampu untuk bertahan jika tidak mendapat air berhari-hari.







Sunday 9 August 2015

Kelas Bersama PM Cerry

Alhamdulillah..semalam berkesempatan untuk ke kelas anjuran Presedential Master (PM) Cerry.


Seronok bershaklee ni..banyak ilmu yang boleh kita sedut. Jadi tak ada alasan tak pandai buat marketing, tak pandai menjual, tak tahu pasal produk.

Banyak kelas-kelas yang dianjurkan. Kebanyakannya PERCUMA kalau berbayar pun tak mahal walaupun kelas di hotel.

Bagi suri rumah macam saya ni tak perlu risau, sebab semua kelas boleh bawa anak. Tak perlu nak risau nak tinggalkan anak dekat siapa dah.

Antara pengisian kelas semalam adalah mengenai niat kita sebagai peniaga dan hubungan dengan Allah, serta pelbagai teknik dan strategik pemasaran untuk meningkatkan jualan.

Yang seronok tu dapat juga mendengar perkongsian daripada Master lain tentang penglibatan mereka dalam shaklee serta teknik yang mereka lakukan untuk meningkatkan jualan.

Alhamdulillah..semoga ilmu yang disedut semalam dapat diamalkan dan menjadi panduan. Ilmu tanpa amal umpama botol yang kosong.