Thursday, 31 December 2015

Selamat Datang 2016

Lamanya menyepi..

InshaAllah lepas ni kene rajin update sini 

Curi masa & ruang untuk menulis..rindu rasanya.

Tinggalkan 2015 sebagai kenangan

Mulakan 2016 dengan senyuman!

Thursday, 8 October 2015

Just My 2 Cents

Dear Friends,
This is only my 2 cents words.

Mohon ampun, mohon maaf kalau ada yang terasa.
Saya ni kira newbie dalam blogging ni.
Harap ramai yang membantu.

Saya suka blogwalking
tapi saya selalu dapat masalah macam ni
PC saya hang!!!

Tuesday, 6 October 2015

Kebaikan & Manfaat Ostematrix Shaklee

Siapa dekat sini suka minum susu?
Walaupun umur nak masuk 3 series, saya memang tak suka minum susu. Lagi-lagi susu tepung..susu pekat manis tu layan la jugak kan. Hihihi...teruk kan? Macam manalah nak dapatkan kalsium yang cukup untuk badan.

Thursday, 17 September 2015

Salam Jumaat


Salam Jumaat kawan-kawan,
Pagi ini rasa tenang je.
Mungkin sebab malam tadi hujan, jerebu pun kurang.
Alhamdulillah...
Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Sunday, 13 September 2015

Resepi Roti Jala & Kari Daging

Roti Jala & Kari Daging 

Assalamualaikum kawan-kawan

Resepi ni dah lama terperap tak dan nak siapkan entry ni. Hehe..banyak alasan Mak Nani ni.
Resepi ni mudah je..semua orang boleh buat punya! Jom tengok.

Resepi Roti Jala

Hasil tangan Abah Nani. Mak Nani tukang bancuh tepung je..
Abah Nani yang menjala.

Saturday, 12 September 2015

ESP Buat Mak Dara Jadi Budak Sekolah

Assalamualaikum

September 2015
PROMO ESP..PROMO ESP
ESP kegemaran ramai wanita diluar sana tu kan...
Abang-abang, adik-adik, mak ayah semua join sekali makan
Memang best la kata ko..
Hahahaha..

Wednesday, 9 September 2015

Berpantang Cara Moden

Assalamualaikum

Tahniah ibu-ibu yang baru mendapat cahaya mata. Selamat berpantang saya ucapkan. Tentu anda sedang melalui proses yang memenatkan bukan? Bersengkang mata di tengah malam menyusukan anak malah kene menjaga cara makan, duduk dan macam-macam lagi yang orang tua kita tetapkan.

Berpantang Cara Lama

Tuesday, 8 September 2015

Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Manis dan Nanas

Alhamdulillah..hari ini diberi kelapangan untuk menulis :-)

Hari sabtu lepas, Mak Nani dapat 4 biji nanas percuma dekat pasar tani. Alhamdulillah..terima kasih la Abah Nani tolong jawab soalan dekat Hari Mesra Pelanggan Pasarena di MAEPS. Dapat la nanas 4 biji sebagai saguhati. Hehe..rezeki Allah nak bagi.

Tapi seharian pening jugak la Mak Nani fikir nak buat apa dengan nanas 4 biji ni. Akhirnya, minta teman-teman di facebook bagi idea nak masak apa dengan nanas ni. Antaranya:
  • Masak lemak Ikan Masin dengan Nanas
  • Pajeri Nanas
  • Air Nanas
  • Kari nanas
  • Masak Ketam & Nanas
  • Sweet Sour

Sunday, 6 September 2015

Sepagi di IOI City Mall Putrajaya

Ahad - 6 September 2015

Seawal 7.30 pagi mak dah mandikan Hannani nak bawa pergi jalan-jalan sebagai upah Hannani temankan mak mengajar pagi semalam, petang pula temankan mak ke kelas nutrisi di PD. Semalam hari mak, hari ini hari untuk Hannani pulak.


Friday, 4 September 2015

Nak Kulit Cantik Gebu dan Flawless?

Assalamualaikum.

Nak bagitau ni, promosi bulan September 2015 adalah ESP!!!
Beli 6 PERCUMA 1
Beli 2 DISKAUN 5%
Yeah..ESP!!! Kegemaran ramai ni.

Okey..okey..kenapa ESP ni menjadi kegemaran ramai ya?

Thursday, 3 September 2015

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya menerima mesej dari seorang rakan seperjuangan di universiti dulu. Dia kata dia selalu letih lepas seharian bekerja. Balik rumah terus tidur, tak larat dah nak buat apa. Kesian pada anak dan suami katanya.

Allah...saya faham perasaan dia. Saya dulu pun macam tu juga. Tapi sejak saya mengamalkan vitamin-vitamin dari Shaklee Alhamdulillah..dengan izin Allah saya kekal cergas walaupun dah bekerja seharian. Tetapi atas faktor kekangan masa bersama anak dan suamilah saya berhenti kerja supaya dapat meluangkan masa lebih banyak dengan keluarga.

MasyaAllah..jauh dah melayang ni. Back to the real topic Mak Nani! Hihihihhh...

Al kisah kawan saya ni nakkan supplement yang boleh membantu dia kekal cergas sepanjang hari. Tapi budget bawah RM200. Saya cadanglan kawan saya ni ambil VITA-LEA IRON FORMULA & OSTEMATRIX.

Resepi Tumis Buncis dan Tempe

Assalamualaikum

Hari ini Mak Nani rajin nak share resepi menu hari ni. Mak Nani hari² memang masak yang simple² je. Yang penting sedap. Hehe..Hari ni Mak Nani masak ikan cencaru bakar, tumis buncis campur tempe dengan cili kicap untuk dimakan dengan ikan bakar.

Ikan Cencaru Bakar

Sunday, 23 August 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum

Ramai diantara kita sangat-sangat menitikberatkan soal kecantikan bukan? Lagi-lagi kecantikan wajah. Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsikan 7 Tips Berkesan Untuk Penjagaan Kulit Muka. InshaAllah berkesan jika anda rajin dan konsisten melakukan tips ini :-)

Wednesday, 19 August 2015

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

Assalamualaikum

Post kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan Vitamin C dari sudut kecantikkan.
Suka tak??? Hehehe..

Rata-rata orang perempuan memang obses nak kulit cantik kan?
Nak kulit putih, tegang..kalau boleh jerawat pun xnak ada kan? Parut-parut tu semua nak bagi hilang.
Hahaha..mungkin tak semua macam tu. Tapi kebanyakan orang perempuan memang obeses dengan kulit cantik sebab saya pun lebih kurang macam tu juga. Hahahaha..


Wednesday, 12 August 2015

Mak & Hannani

Dah berapa hari mak "dera" Hannani. Hihihi..

Bergambar dengan Vita-Lea for Children dia. Dah macam duta iklan plak.
Selasa:
Perangai dia sejak xpakai pampers ni, asal nak buang air besar dia nak minta pakai pampers.
H: "Mak, dah malam ni..siang pakai spende malam pakai pampers"
M: "Okey..nani nak berak x? Kalau nak berak meh masuk tandas dulu berak"
H: "Tak nak la. Dah malam ni..pakai pampers la"
M: "Okey, mari sini pakai pampers. Tapi kalau nanti dah pakai pampers nani berak dalam pampers, mak letak kat luar"
Hahaha..mak memang nakal.
H: Jangan la..Nani takut.."
Udahnya sampai ke pagi dia tak buang air besar.

Rabu:
M: "Pagi ni kalau Nani pergi sekolah tak nangis mak upah Nani coco crunch"
H: "Okey mak..Nani behave..janji!" Siap bagi jari kelingking lagi tau.
Tapi pagi tu bila abah hantar Nani nangis bersungguh-sungguh plak tu. So, mmg xboleh dapat upah. Petang tu dia claim memang tak bagi. Kene pegang pada janji tau.

Khamis:
M: "Pergi sekolah jangan nangis tau. Nani nak coco crunch kan?"
H: "Okey mak..Nani janji." Janji jari kelingking lagi macam semalam. Haha..
Abah balik hantar Nani tadi abah report Nani baik sangat pagi ni. Tak nangis..siap lambai dengan flying kiss abah lagi. 1st time ni abah hantar sejak awal tahun Hannani lambai ngan flying kiss abah. Haha..

So, petang ni mak kene siapkan COCO CRUNCH untuk Hannani seperti yang mak janjikan. Macam tu la anak mak. Kadang kita memang kene bertegas dengan anak supaya dia berpegang pada janji dan berperangai lebih baik.

Sekian laporan mak untuk hari ini. Hahaha...

Tuesday, 11 August 2015

Kelebihan dan Kebaikan Air Masak


Ada yang panggil air masak, air mineral, air kosong, air putih, sky juice. Walau apa sekali nama panggilannya air ini sangat bermanfaat untuk badan kita. Air masak ini bukan sahaja memberi manfaat kepada badan kita malah ianya sangat murah berbanding air minuman lain. Hehe..jom ikuti perkongsian saya ini.

Kebaikan Air Masak


Menguruskan Badan 


Air masak tidak mempunyai kalori, lemak ataupun gula. Bagi wanita yang sedang berdiet, air masak memang pilihan yang tepat. Sebanyak mana pun air masak yang anda minum kalori anda tidak akan bertambah. Best kan? Jadi, secara tak langsung ia mampu mengurangkan berat badan anda.

Melancarkan Sistem Pencernaan


Minum air masak paling minimum 8 gelas sehari akan melancarkan sistem percernaan. Ia dapat menghindari anda dari sembelit malah membantu dalam pembakaran kalori. Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

Meningkatkan Kesuburan


Air masak dapat membantu menghasilkan hormon testosteron bagi kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa.

Kecantikan Kulit


Kekurangan pengambilan air masak boleh menyebabkan badan menghadapi kesukaran untuk menyerap air, sekaligus menyebabkan kulit kering, kedut dan tidak bermaya. Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

Badan Lebih Sihat


Air merupakan komposisi utama badan. Kekurangan air boleh menggangu keseimbangan badan. Kita mungkin boleh bertahan jika tidak makan berhari-hari, tetapi kita tidak mampu untuk bertahan jika tidak mendapat air berhari-hari.







Sunday, 9 August 2015

Kelas Bersama PM Cerry

Alhamdulillah..semalam berkesempatan untuk ke kelas anjuran Presedential Master (PM) Cerry.


Seronok bershaklee ni..banyak ilmu yang boleh kita sedut. Jadi tak ada alasan tak pandai buat marketing, tak pandai menjual, tak tahu pasal produk.

Banyak kelas-kelas yang dianjurkan. Kebanyakannya PERCUMA kalau berbayar pun tak mahal walaupun kelas di hotel.

Bagi suri rumah macam saya ni tak perlu risau, sebab semua kelas boleh bawa anak. Tak perlu nak risau nak tinggalkan anak dekat siapa dah.

Antara pengisian kelas semalam adalah mengenai niat kita sebagai peniaga dan hubungan dengan Allah, serta pelbagai teknik dan strategik pemasaran untuk meningkatkan jualan.

Yang seronok tu dapat juga mendengar perkongsian daripada Master lain tentang penglibatan mereka dalam shaklee serta teknik yang mereka lakukan untuk meningkatkan jualan.

Alhamdulillah..semoga ilmu yang disedut semalam dapat diamalkan dan menjadi panduan. Ilmu tanpa amal umpama botol yang kosong.

Wednesday, 8 July 2015

Kita Hanya Merancang, Allah Yang Menentukan

Bila nak raya ni mesti ramai yang berdebar-debar kan?
Bukan apa pun..berdebar menadah telinga dengan soalan yang macam-macam.

Dulu masa bujang, 
"Bila ko nak kawin ni? Kawan-kawan lain dah beranak pinak dah..ko kawin pun belum"

Bila dah kawin,
"Aikkk..baru habis belajo dah kawin dah. Keje pun tak lagi"
Ataupun...
"Bila nak ada anak ni?"

Bila dah mengandung,
"Awalnya ko mengandung ya..baru je kawin kan?"

Bila dah ada anak,
"Bila nak tambah lagi ni? Takkan sorang je anak ko?"

Ini memang soalan basic yang selalu saya dapat bila raya atau kenduri kendara. Dari zaman bujang sampailah dah kawin. Bila dah ada anak sorang ni pun orang masih lagi tanya bila nak tambah lagi. Kadang tu senyum je..kadang jawap belum ada rezeki. Tapi hakikat dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Susah nak prepare soalan cepucemas macam ni.

Kadang dalam tak perasan mungkin kita ada juga bertanya soalan sebegini pada orang lain. Cuba kurangkan bertanya soalan seperti diatas. Sebab apa?

Surah Yunus:61

Kerana segala pekerjaan yang dikerjakan dan ketentuan bagi manusia sentiasa telah tercatat di Luh Mahfuz. Tidak ada satu pun yang terlewat daripada ketetapan Allah SWT, baik yang ada di langit dan di bumi. Segalanya berada dalam pengawasan Allah. Allah Maha Menyaksikan lagi Maha Mengetahui yang zahir dan batin, yang belum terjadi, yang sedang terjadi dan yang sudah terjadi.

Jadi siapa kita nak mempersoalkan tentang hal itu? Sebagai manusia, kita kene sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu hajat yang kita kehendaki tetapi segalanya terserah kepada Allah. Mungkin perkara yang kita rasa baik, belum tentu baik untuk kita. Perkara yang kita tak nak sangat mungkin itu yang adalah yang terbaik untuk kita.

Wallahua'lam

Tuesday, 7 July 2015

Sustained Release Vita C Plus : Kebaikan dan Manfaatnya

Assalamualaikum
Hari ini saya nak share kelebihan Sustained release Vita C Plus Shaklee yang saya gunakan.
Saya mula mengenali Vitamin C dari Shaklee ni bila saya kerap demam dan selsema. Sebulan boleh katakan hampir setiap minggu saya akan demam. Memang kurang antibodi pada masa tu..tak boleh terlalu terdedah dengan habuk atau terlalu letih. 

Saya mula mencari alternatif untuk mengurangkan masalah saya ini lalu terjumpa iklan berkenaan vitamin c ini di Facebook. Saya beli sebotol dengan harga RM92.50 ada 180 biji. Kira okey la..tak mahal sangat. Alhamdulillah..saya konsisten makan sehari sebiji. Selepas 2 bulan saya mula nampak kesan positif Vitamin C ini. Saya tidak kerap demam dan selsema lagi.




Manfaat Utama

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi. rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, luka lambat sembuh, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dah kulit, asthma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia membantu memperbaiki insomnia, stress atau masalah berkaitan mental seperti keresahan dan gelisah.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Perbezaan Sustained Release Vita C Plus Shaklee dengan Jenama Lain

  1. Mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Setiap tablet Vita C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg).
  2. Pembebasan berkala. Setiap 1 jam, ia akan membebaskan 1.5 jumlah vitamin C ke dalam badan. Bermakna, sebiji Vitamin C mampu bertahan selama 5 jam di dalam badan kita.
  3. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan aktioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan salur darah. 


Kebaikan Sustained Release Vita C Plus Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

*Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan



Friday, 3 July 2015

Performance Drink : Minuman Menyegarkan di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..setengah bulan kita berpuasa.
Ada  tak yang lembik je bulan puasa ni?
Tak larat..rasa haus sahaja?
Kalau ada yang rasa macam ni, cepat-cepat la cari Air Basikal @ Performance Drink ni.

Unik betul nama air basikal. Tapi memang itulah lumrah manusia, lebih mudah mengingat gambar berbanding perkataan :-) Nama Air Basikal ni sempena gambar orang naik basikal dekat bekas Performance Drink. Jenuh juga la saya nak refresh bila ada yang tanya air basikal. Hehe..


Apa itu Performance Drink?

Performance drink merupakan minuman isotonik (sport drink) tanpa gas (berkarbonat) dan kurang gula (less sugar). Ia mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh, sekaligus anda akan dapat mengatasi masalah dahaga!

Ianya bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan membantu meningkatkan kadar gula di dalam darah. Sebab itu tubuh anda akan LEBIH CERGAS dan BERTENAGA!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink

Minuman ini sesuai untuk semua golongan. Dari anak kecil hinggalah orang dewasa.

  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif ataupun aktif bersukan
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu yang loya ketika sedang hamil
  • Mereka yang kekurangan air atau dehidrasi
  • Para pesakit yang menhidap gout
  • Jika anda sering sakit kepala atau migrain
  • Anak yang demam ataupun terasa nak demam

Bagi saya sekeluarga, waktu sahur kami seperti tidak lengkap tanpa Performance Drink. Alhamdulillah, kami sekeluarga berpuasa tanpa keletihan malah suami masih cergas hingga ke petang walaupun bekerja seharian di luar.

Jom ubah kepada kehidupan yang LEBIH SIHAT! Pilihlah air yang kurang gula, tanpa gas serta perasa dan pewarna tiruan ini.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan