Wednesday, 12 August 2015

Mak & Hannani

Dah berapa hari mak "dera" Hannani. Hihihi..

Bergambar dengan Vita-Lea for Children dia. Dah macam duta iklan plak.
Selasa:
Perangai dia sejak xpakai pampers ni, asal nak buang air besar dia nak minta pakai pampers.
H: "Mak, dah malam ni..siang pakai spende malam pakai pampers"
M: "Okey..nani nak berak x? Kalau nak berak meh masuk tandas dulu berak"
H: "Tak nak la. Dah malam ni..pakai pampers la"
M: "Okey, mari sini pakai pampers. Tapi kalau nanti dah pakai pampers nani berak dalam pampers, mak letak kat luar"
Hahaha..mak memang nakal.
H: Jangan la..Nani takut.."
Udahnya sampai ke pagi dia tak buang air besar.

Rabu:
M: "Pagi ni kalau Nani pergi sekolah tak nangis mak upah Nani coco crunch"
H: "Okey mak..Nani behave..janji!" Siap bagi jari kelingking lagi tau.
Tapi pagi tu bila abah hantar Nani nangis bersungguh-sungguh plak tu. So, mmg xboleh dapat upah. Petang tu dia claim memang tak bagi. Kene pegang pada janji tau.

Khamis:
M: "Pergi sekolah jangan nangis tau. Nani nak coco crunch kan?"
H: "Okey mak..Nani janji." Janji jari kelingking lagi macam semalam. Haha..
Abah balik hantar Nani tadi abah report Nani baik sangat pagi ni. Tak nangis..siap lambai dengan flying kiss abah lagi. 1st time ni abah hantar sejak awal tahun Hannani lambai ngan flying kiss abah. Haha..

So, petang ni mak kene siapkan COCO CRUNCH untuk Hannani seperti yang mak janjikan. Macam tu la anak mak. Kadang kita memang kene bertegas dengan anak supaya dia berpegang pada janji dan berperangai lebih baik.

Sekian laporan mak untuk hari ini. Hahaha...

No comments:

Post a Comment