Wednesday 8 July 2015

Kita Hanya Merancang, Allah Yang Menentukan

Bila nak raya ni mesti ramai yang berdebar-debar kan?
Bukan apa pun..berdebar menadah telinga dengan soalan yang macam-macam.

Dulu masa bujang, 
"Bila ko nak kawin ni? Kawan-kawan lain dah beranak pinak dah..ko kawin pun belum"

Bila dah kawin,
"Aikkk..baru habis belajo dah kawin dah. Keje pun tak lagi"
Ataupun...
"Bila nak ada anak ni?"

Bila dah mengandung,
"Awalnya ko mengandung ya..baru je kawin kan?"

Bila dah ada anak,
"Bila nak tambah lagi ni? Takkan sorang je anak ko?"

Ini memang soalan basic yang selalu saya dapat bila raya atau kenduri kendara. Dari zaman bujang sampailah dah kawin. Bila dah ada anak sorang ni pun orang masih lagi tanya bila nak tambah lagi. Kadang tu senyum je..kadang jawap belum ada rezeki. Tapi hakikat dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Susah nak prepare soalan cepucemas macam ni.

Kadang dalam tak perasan mungkin kita ada juga bertanya soalan sebegini pada orang lain. Cuba kurangkan bertanya soalan seperti diatas. Sebab apa?

Surah Yunus:61

Kerana segala pekerjaan yang dikerjakan dan ketentuan bagi manusia sentiasa telah tercatat di Luh Mahfuz. Tidak ada satu pun yang terlewat daripada ketetapan Allah SWT, baik yang ada di langit dan di bumi. Segalanya berada dalam pengawasan Allah. Allah Maha Menyaksikan lagi Maha Mengetahui yang zahir dan batin, yang belum terjadi, yang sedang terjadi dan yang sudah terjadi.

Jadi siapa kita nak mempersoalkan tentang hal itu? Sebagai manusia, kita kene sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu hajat yang kita kehendaki tetapi segalanya terserah kepada Allah. Mungkin perkara yang kita rasa baik, belum tentu baik untuk kita. Perkara yang kita tak nak sangat mungkin itu yang adalah yang terbaik untuk kita.

Wallahua'lam

Tuesday 7 July 2015

Sustained Release Vita C Plus : Kebaikan dan Manfaatnya

Assalamualaikum
Hari ini saya nak share kelebihan Sustained release Vita C Plus Shaklee yang saya gunakan.
Saya mula mengenali Vitamin C dari Shaklee ni bila saya kerap demam dan selsema. Sebulan boleh katakan hampir setiap minggu saya akan demam. Memang kurang antibodi pada masa tu..tak boleh terlalu terdedah dengan habuk atau terlalu letih. 

Saya mula mencari alternatif untuk mengurangkan masalah saya ini lalu terjumpa iklan berkenaan vitamin c ini di Facebook. Saya beli sebotol dengan harga RM92.50 ada 180 biji. Kira okey la..tak mahal sangat. Alhamdulillah..saya konsisten makan sehari sebiji. Selepas 2 bulan saya mula nampak kesan positif Vitamin C ini. Saya tidak kerap demam dan selsema lagi.




Manfaat Utama

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi. rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, luka lambat sembuh, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dah kulit, asthma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia membantu memperbaiki insomnia, stress atau masalah berkaitan mental seperti keresahan dan gelisah.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Perbezaan Sustained Release Vita C Plus Shaklee dengan Jenama Lain

  1. Mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Setiap tablet Vita C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg).
  2. Pembebasan berkala. Setiap 1 jam, ia akan membebaskan 1.5 jumlah vitamin C ke dalam badan. Bermakna, sebiji Vitamin C mampu bertahan selama 5 jam di dalam badan kita.
  3. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan aktioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan salur darah. 


Kebaikan Sustained Release Vita C Plus Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

*Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan



Friday 3 July 2015

Performance Drink : Minuman Menyegarkan di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..setengah bulan kita berpuasa.
Ada  tak yang lembik je bulan puasa ni?
Tak larat..rasa haus sahaja?
Kalau ada yang rasa macam ni, cepat-cepat la cari Air Basikal @ Performance Drink ni.

Unik betul nama air basikal. Tapi memang itulah lumrah manusia, lebih mudah mengingat gambar berbanding perkataan :-) Nama Air Basikal ni sempena gambar orang naik basikal dekat bekas Performance Drink. Jenuh juga la saya nak refresh bila ada yang tanya air basikal. Hehe..


Apa itu Performance Drink?

Performance drink merupakan minuman isotonik (sport drink) tanpa gas (berkarbonat) dan kurang gula (less sugar). Ia mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh, sekaligus anda akan dapat mengatasi masalah dahaga!

Ianya bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan membantu meningkatkan kadar gula di dalam darah. Sebab itu tubuh anda akan LEBIH CERGAS dan BERTENAGA!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink

Minuman ini sesuai untuk semua golongan. Dari anak kecil hinggalah orang dewasa.

  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif ataupun aktif bersukan
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu yang loya ketika sedang hamil
  • Mereka yang kekurangan air atau dehidrasi
  • Para pesakit yang menhidap gout
  • Jika anda sering sakit kepala atau migrain
  • Anak yang demam ataupun terasa nak demam

Bagi saya sekeluarga, waktu sahur kami seperti tidak lengkap tanpa Performance Drink. Alhamdulillah, kami sekeluarga berpuasa tanpa keletihan malah suami masih cergas hingga ke petang walaupun bekerja seharian di luar.

Jom ubah kepada kehidupan yang LEBIH SIHAT! Pilihlah air yang kurang gula, tanpa gas serta perasa dan pewarna tiruan ini.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan


TIPS AGAR SENTIASA SEGAR SEMASA MENGANDUNG DI BULAN RAMADHAN

Selalunya bulan puasa ni menjadi masalah bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ataupun ibu-ibu yang hamil untuk berpuasa. Ibu akan kerap berasa lapar dan letih sepanjang hari sehingga tak mampu untuk bekerja.
Di sini saya mahu kongsikan beberapa tips untuk ibu hamil berpuasa. Semoga ianya membantu :-)
1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.

4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin.

5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.

7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.

8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
.

9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.