Showing posts with label Tips menarik. Show all posts
Showing posts with label Tips menarik. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

Salam Jumaat


Salam Jumaat kawan-kawan,
Pagi ini rasa tenang je.
Mungkin sebab malam tadi hujan, jerebu pun kurang.
Alhamdulillah...
Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Sunday, 13 September 2015

Resepi Roti Jala & Kari Daging

Roti Jala & Kari Daging 

Assalamualaikum kawan-kawan

Resepi ni dah lama terperap tak dan nak siapkan entry ni. Hehe..banyak alasan Mak Nani ni.
Resepi ni mudah je..semua orang boleh buat punya! Jom tengok.

Resepi Roti Jala

Hasil tangan Abah Nani. Mak Nani tukang bancuh tepung je..
Abah Nani yang menjala.

Sunday, 23 August 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum

Ramai diantara kita sangat-sangat menitikberatkan soal kecantikan bukan? Lagi-lagi kecantikan wajah. Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsikan 7 Tips Berkesan Untuk Penjagaan Kulit Muka. InshaAllah berkesan jika anda rajin dan konsisten melakukan tips ini :-)

Friday, 3 July 2015

TIPS AGAR SENTIASA SEGAR SEMASA MENGANDUNG DI BULAN RAMADHAN

Selalunya bulan puasa ni menjadi masalah bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ataupun ibu-ibu yang hamil untuk berpuasa. Ibu akan kerap berasa lapar dan letih sepanjang hari sehingga tak mampu untuk bekerja.
Di sini saya mahu kongsikan beberapa tips untuk ibu hamil berpuasa. Semoga ianya membantu :-)
1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.

4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin.

5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.

7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.

8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
.

9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Wednesday, 10 June 2015

Supplement Bukan Ubat

Ramai yang ambil mudah perkara ini. 
Mereka beranggapan jika sudah mengambil supplement, segala ubat yang doktor berikan dah tak perlu makan lagi. Cukup dah makan supplement ni.

JANGAN!!!
Jangan buat macam tu. Supplement bukan ubat. Ia hanya makanan tambahan untuk keperluan tubuh badan kita mendapatkan nutrien yang diperlukan. Bukan semua nutrien yang kita perlukan ada di dalam diet makanan kita. Kadang-kadang pula, nutrien yang kita ambil tidak cukup untuk keperluan tubuh badan kita. Sebab itu kita perlukan supplement.

"Tapi, saya makan supplement ni tekanan darah saya dah stabil. Tak payah la makan lagi ubat doktor"

Tidak dinafikan supplement boleh mempengaharui kesihatan anda. Supplement membantu mengurangkan masalah anda (dalam cerita ini tekanan darah tinggi) . Alhamdulillah tekanan darah anda dah stabil. Tetapi, perlu diingatkan segala ubat yang doktor berikan tidak boleh berhenti dimakan melainkan atas nasihat doktor sendiri. 

Saya selalu sarankan kepada rakan dan pelanggan-pelanggan saya supaya mengambil supplement sekarang sementara masih sihat bukan tunggu sehingga ada penyakit baru mencari supplement. Supplement membantu kita mengurangkan risiko untuk menghadapai penyakit yang lebih serius.

Medication for treatment,
Supplement for prevention.

Salam sayang,
Farini
SID Kesayangan Anda


Wednesday, 3 June 2015

Cara Memilih Supplement

Hari ini sy nak share tips memilih makanan kesihatan yg paling baik dan selamat.

Makan supplement untuk sihat bukan sebaliknya. 
Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dijauhkan.

TIPS MEMILIH MAKANAN KESIHATAN


1. Pilih produk yg berasaskan SEMULAJADI tanpa bahan tiruan ataupun bahan kimia. Jangan terpedaya dengan tempoh kesan yg diberikan kerana kebanyakan bahan kimia akan memberi efek yg pantas.

2. Pilih produk yg dijamin KUALITINYA bukan daripada produk² yg diproses sendiri sebab kita tidak pasti tahap kebersihannya. Kadang ada produk yg direka sendiri oleh peniaga dan diproses oleh kilang² yg memproses pelbagai jenis produk lain tanpa menjaga tahap kebersihannya.

3. Pilih produk yg DIYAKINI tahap kebersihannya, kualitinya serta penciptanya. Ada kajian yg dibuat ke atas produk tersebut ke tidak? Ada lulusan KKM ke tidak?

4. Pilih jenama produk yg telah LAMA DIPASARAN. Bila jenama ini telah lama wujud tanpa sebarang masalah, bermakna produk itu adalah produk yg bagus.


Selamat mencuba! :-)

Ikhlas dari saya,
Farini Ahmad Ibrahim


(Gambar sekadar hiasan)