Ramai diantara kita sangat-sangat menitikberatkan soal kecantikan bukan? Lagi-lagi kecantikan wajah. Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsikan 7 Tips Berkesan Untuk Penjagaan Kulit Muka. InshaAllah berkesan jika anda rajin dan konsisten melakukan tips ini :-)
7 Tips Berkesan Untuk Penjagaan Kulit
1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting.
Air wuduk merupakan pencuci muka paling berkesan untuk diamalkan.
Solat wajib 5 kali sehari, dalam masa yang sama kita juga dapat mencuci muka sebanyak 5 kali. Alhamdulillah...kalau nak up lagi pun boleh. Sentiasa kekalkan diri anda dalam keadaan berwuduk.
2. Minum air masak sebaik bangun tidur
Amalkan minum air masak selepas bangun dari tidur, sebelum menggosok gigi dan mandi bolehlah minum air masak segelas. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
3. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat
Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.
Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)
4. Baca Surah Al-Waqiah
Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
5. Baca Surah Yusuf selepas solat subuh
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.
Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
6. Berdoa setiap kali melihat cermin
Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
7. Menggunakan produk yang halal dan semulajadi tanpa bahan kimia
Pilihlah produk penjagaan kulit yang HALAL serta bebas dari bahan kimia. Bahan kimia boleh menyebabkan menghakis kulit, alahan, keguguran rambut, malah lebih menakutkan lagi ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.
Jadi, pilihlah barangan yang bebas kimia dan diyakini halal serta bersih untuk digunakan.
Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua :-)
No comments:
Post a Comment