Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

Salam Jumaat


Salam Jumaat kawan-kawan,
Pagi ini rasa tenang je.
Mungkin sebab malam tadi hujan, jerebu pun kurang.
Alhamdulillah...
Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Wednesday, 8 July 2015

Kita Hanya Merancang, Allah Yang Menentukan

Bila nak raya ni mesti ramai yang berdebar-debar kan?
Bukan apa pun..berdebar menadah telinga dengan soalan yang macam-macam.

Dulu masa bujang, 
"Bila ko nak kawin ni? Kawan-kawan lain dah beranak pinak dah..ko kawin pun belum"

Bila dah kawin,
"Aikkk..baru habis belajo dah kawin dah. Keje pun tak lagi"
Ataupun...
"Bila nak ada anak ni?"

Bila dah mengandung,
"Awalnya ko mengandung ya..baru je kawin kan?"

Bila dah ada anak,
"Bila nak tambah lagi ni? Takkan sorang je anak ko?"

Ini memang soalan basic yang selalu saya dapat bila raya atau kenduri kendara. Dari zaman bujang sampailah dah kawin. Bila dah ada anak sorang ni pun orang masih lagi tanya bila nak tambah lagi. Kadang tu senyum je..kadang jawap belum ada rezeki. Tapi hakikat dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Susah nak prepare soalan cepucemas macam ni.

Kadang dalam tak perasan mungkin kita ada juga bertanya soalan sebegini pada orang lain. Cuba kurangkan bertanya soalan seperti diatas. Sebab apa?

Surah Yunus:61

Kerana segala pekerjaan yang dikerjakan dan ketentuan bagi manusia sentiasa telah tercatat di Luh Mahfuz. Tidak ada satu pun yang terlewat daripada ketetapan Allah SWT, baik yang ada di langit dan di bumi. Segalanya berada dalam pengawasan Allah. Allah Maha Menyaksikan lagi Maha Mengetahui yang zahir dan batin, yang belum terjadi, yang sedang terjadi dan yang sudah terjadi.

Jadi siapa kita nak mempersoalkan tentang hal itu? Sebagai manusia, kita kene sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu hajat yang kita kehendaki tetapi segalanya terserah kepada Allah. Mungkin perkara yang kita rasa baik, belum tentu baik untuk kita. Perkara yang kita tak nak sangat mungkin itu yang adalah yang terbaik untuk kita.

Wallahua'lam

Wednesday, 22 April 2015

Lagu Anak Nabi Kita

Balik sekolah Hannani nyanyi lagu anak nabi kita. Tapi antara dengar dengan tidak je.
Jom nyanyi sama-sama
Anak nabi kita ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kassim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Ruqaiyah
Best boleh nyanyi sama² dengan anak.

Thursday, 5 March 2015

Jauhi Zina

Tazkirah Hari Ini



“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” – Al Isra’ ayat 32

Allah melarang kita dari menghampiri zina untuk mengelakkan perkara2 yg keji & terkutuk. SubhanAllah..sayangnya Allah kepada kita semua. Dilarangnya kita dari menghampiri sesuatu yg keji supaya kita terhindar daripada perbuatan tersebut.
Tapi, adik2 sekarang seperti tidak menghiraukannya. Berpasang2an seperti orang sudah berkahwin. Berjalan berpegangan tangan. Malah ada yg melakukan lebih daripada itu.
Nauzubillahiminzalik....adik2, seronok datang cuma sekejap. Deritanya sangat lama. Pada kita kaum wanita, penderitaan itu lebih ketara.
Macammana kalau adik2 mengandung selepas itu? Mahukah lelaki itu mengahwini adik? 
Mampukah dia? 
Adakah dia akan menjadi suami yg baik?
Pelbagai persoalan timbul. Keluarga juga menanggung malu. Takkan adik2 nak buang bayi tersebut? Melakukan dosa untuk kali ke 2?

Jangan sesekali adik terfikir untuk buat begitu. Dosa sedia ada belum tentu kita dapat tanggung jangan ditambah dosa yang lain. Anak itu tak bersalah..yg salah diri adik. Cuba dekatkan diri dengan Allah.
Menuding jari pada orang lain bukan penyelesaiannya. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Pada ahli keluarga juga tabahlah menghadapinya. 1 jari anda tuding pada orang, ada 4 jari lagi pada diri anda sendiri.
Pada orang keliling berhentilah menyebarkan perkara aib orang lain. Jangan ditanya betul atau tidak. Dengar & diam itu lebih baik daripada sampai menyampaikan.
Sungguh besar hikmah larangan yg Allah perintahkan kepada kita. Sama ada kita sebagai manusia yg sentiasa lupa ambil tahu pada larangan tersebut atau tidak.
Berpesan2lah anda pada kebaikan. Semoga ianya menjadi pedoman pada orang lain juga.
Ingatan ini untuk diri sy juga & pada orang lain yang membacanya. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Friday, 30 January 2015

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta-berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - (HR Muslim)
Terdapat pelbagai kebaikan & kelebihan hari Jumaat.
  1.  Hari Jumaat merupakan hari yang mulia & dikenali sebagai penghulu segala hari.
    • Nabi Adam dicipta
    • Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
    • Nabi Adam diturunkan ke bumi
    • Nabi Adam wafat
    • Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
  2.  Merupakan hari yang mulia dimana terdapat dua waktupada hari Jumaat yg mustajab untuk berdoa:
    • - Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai Solat Jumaat
    • - Selepas waktu asar pada hari Jumaat
  3.  Hari meraih pahala
    • Bersedekah
    • Selawat ke atas Nabi Muhammada SAW
Salam Jumaat semua & selamat beribadah.
Si Pencuri Masa,
- Farini -