Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat
juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta-berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
- (HR Muslim)
Terdapat pelbagai kebaikan & kelebihan hari Jumaat.
- Hari Jumaat merupakan hari yang mulia & dikenali sebagai penghulu segala hari.
- Nabi Adam dicipta
- Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
- Nabi Adam diturunkan ke bumi
- Nabi Adam wafat
- Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
- Merupakan hari yang mulia dimana terdapat dua waktupada hari Jumaat yg mustajab untuk berdoa:
- - Imam duduk diatas mimbar sehingga selesai Solat Jumaat
- - Selepas waktu asar pada hari Jumaat
- Hari meraih pahala
- Bersedekah
- Selawat ke atas Nabi Muhammada SAW
Salam Jumaat semua & selamat beribadah.
Si Pencuri Masa,
- Farini -
No comments:
Post a Comment