Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Saturday, 23 May 2015

Sehari Menimba Ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee

Alhamdulillah...hari ini dengan izin Allah dapat menimba ilmu, menambahkan ilmu nutrisi dalam produk-produk shaklee. Bengkel Nutrisi yang berlangsung di Klana Resort Seremban selama 7 jam ini memberikan banyak input untuk para pengedar sah shaklee.


Pelbagai ilmu baru yang saya dapat dalam bengkel yang dikendalikan oleh Puan Sarah pakar nutrisi dari Shaklee. Dari bahan yang digunakan sehingga fungsi setiap produk telah diberikan penerangan yang jelas. Tidak rugi melabur RM40 untuk bayaran bengkel ini kerana kami disediakan makan tengah hari di samping ilmu yang sangat banyak kami timba di sini.

Terima kasih juga kepada upline saya, Master Norfahana kerana menaja tiket untuk suami saya ke sini. Last minute plan, sepatutnya suami saya hanya menghantar saya ke Seremban tetapi upline saya offer tiket free pada suami. Allah..rezeki Allah maha luas :-)

Alhamdulillah..dapat juga suami saya serba sedikit ilmu nutrisi. Lepas ni dia boleh share pada kawan-kawan lain pula. Sebenarnya tak ramai tau orang lelaki yang hadir ke bengkel-bengkel begini.

Lagi 1, seronok bershaklee ni bila kita boleh bawa anak² bersama ke seminar atau bengkel yang kita sertai. Tak perlu risau nak tinggalkan anak bila kita menghadiri bengkel seperti ini.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi pengedar sah shaklee, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Tak perlu risau kalau tiada ilmu kerana Shaklee dan saya sendiri sebagai upline menyediakan pelbagai kelas bimbingan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran dalam perniagaan ini.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Tuesday, 14 April 2015

KENAPA SHAKLEE???




Dalam banyak-banyak supplement dalam dunia ini, kenapa saya pilih shaklee?

Sebenarnya saya seorang yang takut ubat dan anti supplement, tapi nak dijadikan cerita pada penghujung tahun 2013 saya bekerja di Petaling Jaya. Dari Serdang ke Petaling Jaya memerlukan saya menukar pelbagai jenis pengangkutan awam malah ianya menggunakan tenaga yang banyak kerana saya perlu berdiri dalam tempoh 2 jam lamanya. Ditambah pula dengan kerja di pejabat yang sangat banyak dan memerlukan saya bergerak pantas. Apabila sampai ke rumah saya akan keletihan yang teramat dan tidak dapat melayan anak saya bermain. Selepas waktu isyak saya akan terus tidur sehingga pukul 5 pagi.

Keletihan di tempat kerja ditambah pula dengan perjalanan pulang yang menyeksakan menyebabkan saya kerap demam dan batuk. Di situ bermula episod pencarian saya. Saya google mencari supplement terbaik untuk masalah kesihatan saya lalu terjumpa berkenaaan Sustained Released Vita C Shaklee. Ia bukan sahaja menjanjikan kesan yang positif malah dijamin SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.

Ianya dibangunkan oleh Dr Forrest C Shaklee pada 1956 brsama dengan 2 orang anaknya. Kisahnya bermula pada tahun 1915 lagi dimana Dr Shaklee telah mencipta makanan tambahan pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals (kini dikenali sebagai Vitalea). Beliau percaya bahawa sains dan alam semulajadi  mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik bagi manusia. 

Antara Falsafah Shaklee adalah:

1. SENTIASA SELAMAT
  • Lebih 100,000 penyelidikan kualiti produk dalam setahun
  • Jaminan kepuasan 100%
  • Jaminan kesucian
  • 350 kajian ujian bahan cemar untuk setiap bahan botani
2. SENTIASA BERKESAN
  • Pelaburan 300 juta USD untuk kajian dan penyelidikan 
  • Lebih 100 kajian klinikal dihasilkan
  • Mempunyai 60 orang saintis shaklee
  • 55 patern dihasilkan
3. SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa & pemanis tiruan
  • Tiada bahan yang diharamkan
  • Tiada ujian ke atas haiwan
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada lemak trans
3 sebab di atas membuatkan saya berani untuk mencuba produk daripada shaklee. Alhamdulillah dalam banyak-banyak makanan tambahan yang ada saya telah menjumpai makanan tambahan yang benar-benar menjamin kesihatan dan tidak mengandungi bahan kimia.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan