Thursday, 14 May 2015

Kelebihan & Kebaikan Vita-lea Iron Formula

Apakah itu Vita-lea?

Vita-lea merupakan vitamin pertama di dunia. Dahulunya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutannya kepada "Vita-min", sehingga kini kekal kita sebut sebagai vitamin.

Seiring peningkatan teknologi Vitalize-Mineral yang dahulunya cecair telah diubah bentuknya menjadi bentuk tablet yang dikenali sebagai "Vita-lea"

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah "Explo-tab" iaitu kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral didalamnya membantu penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Tahu tak bahawa ujian klinikal juga telah membuktikan bahawa pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Hrmm..bagus kan Vita-lea ni? Sebab itu ia mampu bertahan selama 100 tahun.


Manfaat & Kebaikan Vita-lea
  1. Penambah Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori serta fokus dalam pembelajaran mahupun tugas harian.
  2. Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting dalam makanan harian, makanan tidak seimbang terutama mereka yang mengamalkan sayuran sahaja dan anaemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  6. Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.



Kandungan Yang Hebat
  • Vitamin D - menyokong penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang yang sihat.
  • Beta Karotena - meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
  • Viatamin E - meningkatkan kesihatan usus, hati dan fungsi imunisasi.
  • Kalsium - menyokong kekutan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot.
  • Boron - membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terdapat dalam perkembangan tulang.
  • Magnasium - menyokong kekuatan tulang, fungsi otot, dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal & denyutan jantung.
  • Biotin - membantu badan menghasilkan tenaga dari protein & lemak.
  • Lain-lain - tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna, pemanis dan bahan pengawet.
*Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Antara testimoni pengguna Vita-lea:






Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Tuesday, 12 May 2015

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik!

Apakah Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega 3 semulajadi. Antaranya EPA, DHA dan ALA. Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Omega guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan daripada hati minyak ikan malah ia 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. 

Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi untuk menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmiun dan arsenik.

Kebanyakan produk omega yang ada dipasaran menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Tetapi kaedah ini bukan sahaja boleh memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 

Perbezaan kandungan omega 3 dalam Omega Guard dan produk-produk omega lain yang ada dipasaran.

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan
  • Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  •  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.
  • Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
  • Mencegah penyakit gout dan insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang
  • Mengurangkan masalah schizophrenia


Siapa perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu hamil
  • Membantu dalam proses perkembangan otak bayi semasa didalam kandungan
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang atau tidak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
Kanak-kanak
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Mengurangkan mengantuk dan hilang tumpuan semasa belajar
  • Pertumbhan badan yang sihat serta perkembangan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit, batuk, selsema dan asma
Ibu menyusu
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan kandungan dan kualiti susu
  • Membekalkan khasiat untuksistem imunisasi badan, perkembangan otak dan penglihatan bayi yang menyusu badan
Mereka yang mengalami masalah berat 
  • Meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selsema berterusan
  • Sakit-sakit sendi
  • Gaout
  • Kolesterol tinggi
  • Stroke



Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Wednesday, 22 April 2015

Lagu Anak Nabi Kita

Balik sekolah Hannani nyanyi lagu anak nabi kita. Tapi antara dengar dengan tidak je.
Jom nyanyi sama-sama
Anak nabi kita ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kassim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Ruqaiyah
Best boleh nyanyi sama² dengan anak.

Tuesday, 14 April 2015

KENAPA SHAKLEE???




Dalam banyak-banyak supplement dalam dunia ini, kenapa saya pilih shaklee?

Sebenarnya saya seorang yang takut ubat dan anti supplement, tapi nak dijadikan cerita pada penghujung tahun 2013 saya bekerja di Petaling Jaya. Dari Serdang ke Petaling Jaya memerlukan saya menukar pelbagai jenis pengangkutan awam malah ianya menggunakan tenaga yang banyak kerana saya perlu berdiri dalam tempoh 2 jam lamanya. Ditambah pula dengan kerja di pejabat yang sangat banyak dan memerlukan saya bergerak pantas. Apabila sampai ke rumah saya akan keletihan yang teramat dan tidak dapat melayan anak saya bermain. Selepas waktu isyak saya akan terus tidur sehingga pukul 5 pagi.

Keletihan di tempat kerja ditambah pula dengan perjalanan pulang yang menyeksakan menyebabkan saya kerap demam dan batuk. Di situ bermula episod pencarian saya. Saya google mencari supplement terbaik untuk masalah kesihatan saya lalu terjumpa berkenaaan Sustained Released Vita C Shaklee. Ia bukan sahaja menjanjikan kesan yang positif malah dijamin SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.

Ianya dibangunkan oleh Dr Forrest C Shaklee pada 1956 brsama dengan 2 orang anaknya. Kisahnya bermula pada tahun 1915 lagi dimana Dr Shaklee telah mencipta makanan tambahan pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals (kini dikenali sebagai Vitalea). Beliau percaya bahawa sains dan alam semulajadi  mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik bagi manusia. 

Antara Falsafah Shaklee adalah:

1. SENTIASA SELAMAT
  • Lebih 100,000 penyelidikan kualiti produk dalam setahun
  • Jaminan kepuasan 100%
  • Jaminan kesucian
  • 350 kajian ujian bahan cemar untuk setiap bahan botani
2. SENTIASA BERKESAN
  • Pelaburan 300 juta USD untuk kajian dan penyelidikan 
  • Lebih 100 kajian klinikal dihasilkan
  • Mempunyai 60 orang saintis shaklee
  • 55 patern dihasilkan
3. SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa & pemanis tiruan
  • Tiada bahan yang diharamkan
  • Tiada ujian ke atas haiwan
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada lemak trans
3 sebab di atas membuatkan saya berani untuk mencuba produk daripada shaklee. Alhamdulillah dalam banyak-banyak makanan tambahan yang ada saya telah menjumpai makanan tambahan yang benar-benar menjamin kesihatan dan tidak mengandungi bahan kimia.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Saturday, 11 April 2015

Tips Penyusuan

Ramai ibu-ibu yang merungut susu badan tidak banyak.
Tak boleh nak susukan anak dengan susu badan lagi..susu makin sikit.
Tak boleh buat stok bila nak pergi kerja.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun:-


1. Fikir yang baik-baik
Ibu-ibu yang menyusukan anak kene selalu berfikiran positif. Fikir yang baik-baik...selalu fikirkan bahawa inshaAllah ada rezeki untuk anak kita. Kalau pam dapat sikit, perlu redha. Alhamdulillah masih punya rezeki untuk anak. Jangan berasa tertekan kerana tekanan menyebabkan pengeluaran susu semakin merosot.

2. Kurangkan stress
Masalah stress sebenarnya tidak mengganggu proses pengeluaran susu ibu jika ibu pandai menghadapinya dengan baik. Tetapi jika stress yang dialami menyebabkan ibu gagal mengikut jadual pengepaman atau mengganggu waktu menyusu ia akan meengganggu pengeluaran susu ibu buat sementara waktu. Jadi, tangani stress anda dengan baik.

3. Perah atau pam dengan kerap
Rutin memerah susu hendaklah sentiasa konsisten. Pam setiap 3 hingga 4 jam sekali. 15 ke 20 minit setiap payudara. Pam kedua-dua payudara. JANGAN sesekali fikir tunggu sehingga payudara bengkak baru pam susu. Tidak kira payudara bengkak atau tidak ibu harus pam susu. Pam secara konsisten baru otak akan selari dengan kerja penghasilan susu.

4. Ambil supplement penambah susu
Ambil supplement untuk meningkatkan keyakinan ibu. Namun, ibu-ibu harus sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung 100% dengan supplement jika tidak mengikut jadual mengepam dengan betul. Supplement untuk menggalakkan penghasilan susu bukan menghasilkan susu. Jika ibu tidak konsisten mengikut jadual pengepaman, susu juga tidak akan terhasil dengan banyak.

5. Doa
Sentiasa berdoa segala yang kita buat untuk masa depan anak kita.

Saya doakan ibu-ibu berjaya menysusukan anak sehingga berusia 2 tahun kerana Allah SWT.
Happy breastfeeding!

Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan