Tuesday, 9 June 2015

Set Enfuselle Shaklee : Untuk Kulit Berminyak

Orang kata kalau nak cantik kene cantik luar dan dalam. 
Cantik iman dan amal

Saya seorang yang tidak terlalu mementingkan kecantikan luaran. Bagi saya..cukuplah kalau aku ni baik dan menyenangkan orang lain. Tak cantik pun tak apa..dah ini yang Allah kurniakan....aku terima seadaanya. Tapi segalanya berubah bila saya kene chicken pox diusia 28 tahun.

Ya 28 tahun!
Allah..parutnya masyaAllah..penuh semuka. Saya malu untuk berhadapan orang lain. Keyakinan diri makin berkurang..nak tengok cermin pun malu. Bila keluar dengan suami dan anak orang akan cakap saya bawa anak-anak berjalan. Ada yang cakap saya ni kakak pada suami saya. Anak saya tu cucu saya la..


Allahuakbar!
Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Saya nekad..saya nak merubah hidup saya. Saya pilih Set Enfuselle untuk kulit berminyak dan berjerawat. Tapi masa tu saya mulakan dulu dengan Hydrating Cleansing Lotion sebab kulit saya meggelupas di bahagian pipi dan tepi mulut. 

Jom saya kongsikan apa yang saya guna :-)


Set Enfuselle

Kulit Sensitif & Berminyak


1. Purifying Cleansing Gel  

  • Gel yang bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit.
  • Bahan-bahan khas dan tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • PH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Purifying Toner 
  • Berfungsi sebagai penuetral serta menghentikan kerosakan pro-oksida
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit. 
  • Membantu mengawal kilauan minyak serta meminimumkan saiz liang-liang kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • Hipoalergenik

3. Balancing Moisturizer 
  • Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. 
  • Mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan.
  • Terbukti secara klinikal; 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari, 173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari.
  • Hipoalergenik

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya.
Saya telah berjumpa dengan set skin care yang sesuai dengan kulit saya. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sesiapa yang sedang berusaha untuk memulihkan kulit muka seperti saya boleh hubungi saya seperti di bawah. InshaAllah konsultasi terbaik akan diberikan :-)

Entry akan datang saya akan kongsikan lagi set enfuselle untuk kulit kering serta set nutriwhite untuk kulit normal.




Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan





Wednesday, 3 June 2015

Retinitis Pigmentosa dan Rawatannya

Pernah dengar tentang Retinitis Pigmentosa (RP)?

Retinitis Pigmentosa (RP) ini adalah sekumpulan penyakit yang diwarisi bercirikan "progressive peripheral" masalah kehilangan penglihatan dan rabun malam (dikenali juga sebagai buta ayam atau rabun ayam) yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan pusat.

Patologi kasar mata seorang lelaki yang menghidap Reitinitis
Update Penting: FDA (Food and Drug Administration) meluluskan implan retina pertama bagi "advanced RP" dewasa.

"The US Food and Drug Administration (FDA) has approved the first retinal implant, the Argus II Retinal Prosthesis System, for adults aged 25 years or older with advanced RP.[1] Although this device will not restore vision to patients, it replaces the function of degenerated cells in the retina and may improve a patient’s performance of basic activities by improving their ability to perceive images and movement.[1]"


Walaupun peranti itu (implan) tidak dapat memulihkan penglihatan pesakit, ia dapat menggantikan fungsi sel dalam retina dan boleh meningkatkan prestasi pesakit dalam aktiviti asas serta meningkatkan penglihatan mereka untuk melihat imej dan pergerakan.

Bagaimana implan ini beroperasi?

Implan mempunyai kamera video kecil, pemancar yang dipasang kepada sepasang cermin mata, pemprosesan video unit (Video Prosessing Unit - VPU) dan prostesis retina yang diimplan (retina tiruan). VPU akan merubah imej dari kamera video kedalam data elektronik dan dihantar terus ke retina tiruan (wireless). 

Adakah ianya memberi kesan buruk kepada pesakit?

Kira-kira dua pertiga daripada pesakit tidak mengalami kesan-kesan buruk daripada peranti atau prosedur tersebut. Walau bagaimanapun, lebih satu pertiga daripada pesakit yang mempunyai sejumlah lebih kurang 23 kesan yang serius termasuk keradangan, hakisan konjuktiva ("conjunctival erosion"), "retinal detachment" dan "hypotony"

Tanda-tanda dan Gejala Retinitis Pigmentosa

Nyctalopia atau Buta Ayam

Gejala paling awal Retinitis Pigmentosa ialah masalah rabun malam. Ia juga dianggap antara salah satu ciri penyakit ini. Pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja pada waktu malam ataupun di tempat-tempat gelap seperti masalah berjalan di dalam bilik berlampu malap sebagai contoh di dalam panggung wayang. 

Pesakit juga mengalami kesukaran memandu dalam cahaya rendah seperti waktu senja atau keadaan berkabus. Selain itu, mereka juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di tempat terang apabila baru keluar dari tempat yang gelap.

Visual Loss atau Kehilangan Penglihatan

Tiada tanda atau gejala kehilangan penglihatan periferal atau lebih dikenali sebagai penglihatan terowong. Walau bagaimanapun, pesakit akan menyedari kehilangan penglihatan ini apabila mereka seakan-akan melihat melalui tiub berongga atau terowong.

Pesakit boleh terlanggar pintu atau perabot atau mengalami kesukaran dalam bersukan yang memerlukan penglihatan periferal seperti tennis dan bola keranjang. Kehilangan penglihatan tidak menyakitkan dan berlaku dalam tempoh yang lama.

Photopsia

Kebanyakan pesakit Retinitis Pigmentosa melaporkan melihat kilauan cahaya (photopsia) yang kecil, berkilauan ataupun seakan lampu berkelip-kelip. Photopsia ialah persepsi halusinasi pesakit yang melihat percikan api, api atau warna yang timbul dalam keadaan tanpa rangsangan cahaya dan diperhatikan apabila mata yang tertutup. Tetapi keadaan ini tidak berterusan.


Oleh kerana Retinitis Pigmentosa (RP) merupakan kumpulan penyakit keturunan, terlalu banyak kepelbagaian penemuan fizikal yang ditemui. Malah terdapat pelbagai penyakit yang seakan-akan RP. Oleh sebab itu, ujian makmal, ujian penglihatan dan pelbagai prosedur lain perlu dititik beratkan dalam mengenali penyakit ini. InshaAllah saya akan berkongsi lagi tentang pengurusan dan rawatan perubatan mengenai Retinitis Pigmentosa pada entry yang akan datang.


Kandungan entry ini telah diambil dari http://emedicine.medscape.com. Kemudian telah diolah dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh saya untuk kemudahan pembaca.





Cara Memilih Supplement

Hari ini sy nak share tips memilih makanan kesihatan yg paling baik dan selamat.

Makan supplement untuk sihat bukan sebaliknya. 
Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dijauhkan.

TIPS MEMILIH MAKANAN KESIHATAN


1. Pilih produk yg berasaskan SEMULAJADI tanpa bahan tiruan ataupun bahan kimia. Jangan terpedaya dengan tempoh kesan yg diberikan kerana kebanyakan bahan kimia akan memberi efek yg pantas.

2. Pilih produk yg dijamin KUALITINYA bukan daripada produk² yg diproses sendiri sebab kita tidak pasti tahap kebersihannya. Kadang ada produk yg direka sendiri oleh peniaga dan diproses oleh kilang² yg memproses pelbagai jenis produk lain tanpa menjaga tahap kebersihannya.

3. Pilih produk yg DIYAKINI tahap kebersihannya, kualitinya serta penciptanya. Ada kajian yg dibuat ke atas produk tersebut ke tidak? Ada lulusan KKM ke tidak?

4. Pilih jenama produk yg telah LAMA DIPASARAN. Bila jenama ini telah lama wujud tanpa sebarang masalah, bermakna produk itu adalah produk yg bagus.


Selamat mencuba! :-)

Ikhlas dari saya,
Farini Ahmad Ibrahim


(Gambar sekadar hiasan)

Saturday, 23 May 2015

Sehari Menimba Ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee

Alhamdulillah...hari ini dengan izin Allah dapat menimba ilmu, menambahkan ilmu nutrisi dalam produk-produk shaklee. Bengkel Nutrisi yang berlangsung di Klana Resort Seremban selama 7 jam ini memberikan banyak input untuk para pengedar sah shaklee.


Pelbagai ilmu baru yang saya dapat dalam bengkel yang dikendalikan oleh Puan Sarah pakar nutrisi dari Shaklee. Dari bahan yang digunakan sehingga fungsi setiap produk telah diberikan penerangan yang jelas. Tidak rugi melabur RM40 untuk bayaran bengkel ini kerana kami disediakan makan tengah hari di samping ilmu yang sangat banyak kami timba di sini.

Terima kasih juga kepada upline saya, Master Norfahana kerana menaja tiket untuk suami saya ke sini. Last minute plan, sepatutnya suami saya hanya menghantar saya ke Seremban tetapi upline saya offer tiket free pada suami. Allah..rezeki Allah maha luas :-)

Alhamdulillah..dapat juga suami saya serba sedikit ilmu nutrisi. Lepas ni dia boleh share pada kawan-kawan lain pula. Sebenarnya tak ramai tau orang lelaki yang hadir ke bengkel-bengkel begini.

Lagi 1, seronok bershaklee ni bila kita boleh bawa anak² bersama ke seminar atau bengkel yang kita sertai. Tak perlu risau nak tinggalkan anak bila kita menghadiri bengkel seperti ini.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi pengedar sah shaklee, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Tak perlu risau kalau tiada ilmu kerana Shaklee dan saya sendiri sebagai upline menyediakan pelbagai kelas bimbingan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran dalam perniagaan ini.


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

Tuesday, 19 May 2015

Manfaat CarotoMax Untuk Mata

Set penjagaan Mata merupakan set yang paling banyak saya jual setakat ini. Hampir 90% pelanggan yang menggunakan set ini berpuas hati dengan hasil yang mereka temui.

Kebanyakan orang yang memakai cermin mata mengalami masalah untuk menurunkan "power" cermin mata mereka. Rata-rata mengalami masalah power semakin meningkat tetapi amat sukar sekali untuk menurunkan atau me"maintainkan" power cermin mata mereka.

Insha Allah set ini ; CarotoMax & Omega Guard dapat membantu anda.


Kandungan CarotoMax

CarotoMax mengandungi 6 jenis karotena, diekstrak dari sayur-sayuran & buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, kentang, lobak, minyak sawit, epal dan lain-lain lagi.



Apa itu anti-oksidant ya? Anti-oksidant adalah vitamin, mineral atau sejenis nutrisi yang berperanan dalam menjaga dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosakakibat daripada radikal bebas.


Manfaat Utama Carotamax Shaklee


  • Lebih selamat dari Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Vitamin A juga didapati boleh menyebabkan toksisiti jika diambil secara berlebihan.  Walaubagaimanapun, pada tahun 1932 saintis telah menemui beta karotena, satu prekursor Vitamin A yang mana ianya didapati lebih selamat untuk diambil.
  • Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihat didalam gelap. ia mempertingkatkan masalah kesihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbiopic, mata kering, kelesuan mata, glaucoma, katarak, eyebag dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang banyak akan meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. 
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser & Oksidasi - Pengambilan yang kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. 
  • Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selsema.
  • Menggalakkan Perkembangan Normal & Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak atau remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.



Testimoni CarotoMax







Untuk mendapatkan set penjagaan mata ini sila


Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan